Tuesday, August 31, 2010

Lagu 1 Malaysia (composed & produced by Limkokwing..)

Ok.. Sempena Kemerdekaan Malaysia ke-53 ni, Jom kita layan Lagu 1 MALAYSIA yg telah di composed and produced by Limkokwing Sound and Music Design Academy. Thumbs up to them.. I like this song & video clip too... Layannn!!! =)

 
* Sumber: Youtube

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 MALAYSIA!!

MERDEKA!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Yg ke-53 MALAYSIA...
* Sumber: Yahoo Search..

* Sumber: Yahoo Search..


 
* Sumber: Youtube

Lagu Raya lagiiiiiii....

Haa.. Di sebabkan mood Raya smakin b'cmbah dlm diri ini (perghh.. ayt x blh blah nie) hihi..=P Ni lg 1 lagu raya yg mnjadi pilihan hatiku.. 1st time dgr lagu ni mmg dh t'tarik ngan melodinya.. Bila mnghayati bait2 liriknya, hati mmg t'sentuh la.. (menitis gak r air mataku ini) huhu.. Penuh keinsafan & Iktibar buat anak2 zmn skrg... So, apa lg ditunggu, jom Layan!!!

SALAM AIDILFITRI AYAHANDA & BONDA
Nyanyian: Raihan & Hujan

Lagu Raya AlaF BaRu 2010..

Hurmm.. Hanya tinggal seminggu lebih je lagi kita bakal menyambut ketibaan Syawal @ Hari Raya AidilFitri.. So, time2 mcm nie mmg lagu2 raya byk d putarkan d corong2 radio & Tv.. Mood Raya la katakan.. hihi.. Setiap tahun rasanya ada je lagu raya yg baru dicipta.. So, bg tahun 2010 nie.. Lagu Raya yg menjadi pilihanku ialah lagu BUNGA API DI HATI..

Jom layan lagu t'sebut!!

Nyanyian: Stacy, Shila, Fara Fauzana & Leya (dj HotFm) 
 

CooKing Time..

Yeehaa.. Hari minggu yg lepas, tetiba kerajinan luar biasa menyapa diri ini (w/pun mmg i rajin k) haha.. Bila dh b'kumpul adik-bradik (x ckp corum gak sbnrnya), mcm2 kerenah la kn.. Bulan2 puasa ni, mcm2 la yg nk d mkn.. Pening kepala Cik Bai (nama glamor mama kami) lalalala..=P Woo.. Kecoh dpr hari tue.. So, d cni kmi nk kngsi antara juadah yg smpat kami adik-bradik sediakn.. Layann!!!

Taraa.. ROTI JALA R.N with KARI AYAM CB.S,
BUBUR CHA CHA Lady D & AIR SIRAP KASIH SELASIH

Nyum..Nyum.. T'liur plak d watnye kn.. hihi.. Sbr2!! Ok, jom kita lyn resipinya plak.. Yezzaaa..

Bahan-bahan (7/8 org):
A. Roti Jala R.N

i. 10-12 cawan Tepung Gandum
ii. 2 biji Telur
iii. Sedikit pewarna kuning
iv. Sedikit Garam
v. Air secukupnya.. (supaya x t'lalu likat atau cair) 
vi. Sedikit Minyak masak + sedikit Mentega (utk memanaskn pan/kuali)
vii. Sehelai Daun Pandan (digunakan utk mencalit campuran minyak+mentega - panaskn pan/kuali) 
viii. Acuan roti jala
* if xde acuan roti jala, blh la guna kekreatifan kalian yek.. Gunakn tin susu/sardin yg tlh d tebuk d bhgian bwhnya (tebukan tu jgn la t'lalu besar yek)..

 
B. Kari Ayam CB.S

i. 1 ekor Ayam (dipotong kecil & dibersihkan t'lebih dahulu)
ii.. 6 biji Bawang Merah (dihiris halus)
iii. 3 biji Bawang Putih (dihiris halus)
iv. Sedikit Asam Jawa & Asam Keping
v. Air (secukupnya)
vi. Sepeket serbuk Kari
vii. Sepeket kecil Kerisik
viii. Sedikit serbuk Kunyit
ix. 6 biji Kentang (dipotong dadu)
x. 2 biji Tomato (dipotong 4)
xi. 1/2 Lobak Merah (dipotong panjang/bulat)
xii. Santan pekat
xiii. Sedikit Bunga Lawang, Kayu Manis, Bunga Cengkih, Buah Pelaga, Daun Kari
xiv. Garam (secukup rasa)
xv. Sedikit Minyak Masak (utk menumis)


C. Bubur Cha-Cha Lady D

i. Sepeket Cha-cha
ii. Santan (secukupnya)
iii. Gula (mengikut citarasa anda)
iv. Sedikit Gula Melaka
v. Sehelai Daun Pandan (diikat/disimpul)
vi. Sedikit Garam
vii. Sedikit Air


D. Air Sirap Kasih Selasih

i. Kordial Sirap
ii. Biji Selasih (direndam terlebih dahulu. Utk cpt mengembang, rendamkn dgn air panas)
iii. Gula (mengikut citarasa)
iv. Air sejuk
v. Ais batu


Cara-cara Membuatnya:
A. Roti Jala R.N

1. Campurkan tepung gandum, telur, air, pewarna kuning & garam. Gaul/blend sehingga sebati.
* Utk rasa lbih lemak, blh juga d tambahkn sedikit susu tepung (petua drp Chef Watie - mak unggai kesyganku) hihi..=)
2. Setelah selesai, tapiskan adunan tersebut.
3. Panaskan pan/kuali.
4. Dgn mnggunakan acuan roti jala, mulakan jalaan anda (buat beberapa pusingan bulatan - sehingga ia kelihatan seakan jala)
5. Biarkan 1-2 minit. Angkat ke pinggan (t'balikkannya), lipat & gulung.
6. Ulang langkah 3-5 tadi sehingga habis adunan tersebut.
* anggaran: 60keping keatas (b'gntung pada adunan & jalaan nya)..


B. Kari Ayam CB.S

1. Terlebih dahulu, bancuh serbuk kari bersama kerisik, asam jawa & asam keping.
2. Tumis bawang merah & bawang putih.
3. Bila dh naik bau, mskkan bancuhan serbuk kari tadi bersama serbuk kunyit & daun kari. Kacau campuran tersebut sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, kentang, lobak merah, santan, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis, sedikit air & garam secukup rasa.
5. Kacau & tunggu sehingga ia mendidih.
6. Setelah mendidih, masukkan potongan tomato.


C. Bubur Cha-cha Lady D

1. Rebus terlebih dahulu Cha-cha sehingga kembang. Setelah selesai, tapiskannya.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk rebusan cha-cha yang telah ditapis tadi.
3. Kacau & biarkannya mendidih.


D. Air Sirap Kasih Selasih

1. Terlebih dahulu, bancuh kordial sirap dengan gula & air sejuk ke dlm jag.
2. Masukkan biji selasih yang telah kembang ke dlm jag tersebut. Kacaukannya.
3. Masukkan ais batu. Taraa.. Sedia utk dihidang!!!(,")(",)
* utk lebih nikmat, boleh juga ditambahkan sedikit aiskrim soda!!


Disebalik Tabir:
- Roti Jala R.N --) Reena & Nazrin
- Kari Ayam CB.S --) Cik Bai & Shuhaila
- Bubur Cha-Cha Lady D --) Lady Diyana =P
- Air Sirap Kasih Selasih --) Lady D & Shuhaila
- Photographer & Props --) Reena, Lady D, Cik Bai & Papa
- Pengkritik Bebas --) Cik Bai, Shuhaila, Syukri & Nazrin

Saturday, August 21, 2010

Promosi Kuih Kapit Breep-Breep..

Yeahhh!! Mari..Mari..Mari...
Tawaran Istimewa.. KUIH KAPIT BREEP-BREEP!! Nyummyy..

*Foto dr sumber: Facebook Anuar Ali.. :)

Oh ya.. Jgn slh sangka yaa.. Kuih ni bkn sy yg buat.. Xtually, sy tlg mempromosikan nya di blog sy ni bg pihak FDA.. hihi.. Support babe..;)

Ok.. ni adalah detail ttg penjualan kuih t'sebut:

KUIH KAPIT COKLAT RICE (GULUNG)
80 PIECES RM 18.00

KUIH KAPIT COKLAT RICE (LIPAT)
70 PIECES RM 15.00

Hmm.. bg kwn2 yg b'minat utk mndptknnya.. Blh la terus direct je dgn Cik FARAH di talian 0172469116.. atau anda juga boleh tinggalkan pesanan anda di Inbox Facebook Anuar Ali.. Ok.. Jom kwn2!! Kita layan kuit kapit t'sebut!! Yezzaaa..

Sunday, August 15, 2010

Allohaaaaaaaaa...

AaaaChuummmm... Mak aiiii.. B'habuk sakan blog aku nie.. huhu.. Maaf la yek kwn2... Rasanye dh agak lama aku menyepi diri.. So, time to come back!! Yeaahhhh...

Ok, sepnjang penyepian aku nie, mcm2 bnda b'laku pd diri nie.. I lost MySelf!! Bak kata mama "Ina ni dh mcm LOST urself la".. Hurmm.. Entahlaaa..Layankn je la.. Skrg ni aku ok la (w/pun x brape nk ok sgt)..

Oh ya, Rasanya x t'lewat utk aku ucapkn kpd semua "SELAMAT MENGHADAPI RAMADHAN AL-MUBARAK".. Hmm, rasanya sepnjang ramadhan ni entry yg akn aku sajikn tentulah p'kongsian resipi2 yg tlh b'jaya aku lksanakn with my beloved mama & sis.. hihi.. Nyummmyyy...

So, jmpa kalian d entry mndatang k...
P/s: nantikn resipi2 menarik dr kami... haha..:)